Tuesday, May 24, 2011

Cinta Sempurna

Lagu nie represent ape yang bermain dalam hati aku sekarang =(
Cinta Sempurna Yuna
Aku manusia lemah
Selalu terjatuh
Berbeda aku darimu
Kau berdiri teguh
Aku serba tiada
Aku kekurangan
Dan bila kau tiba aku hilang dari kewujudan

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesabaranmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
tak mampu tuk memnaggung sebuah cinta sempurna
Darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Bukan aku tak pernah
Mengerti dirmu
ku sanjung setiap kata cinta kau berikan aku
Hilangkan rasa itu
Akhirkankan semua
Dan bila kau sedar
Aku hilang dari kewujudan
Ohhh

Sempurnanya sifatmu
Telusnya hatimu
Jujurnya niatmu
Tingginya kesbrnmu
Lepaskanlah diriku
Kerna aku
Tak mampu tuk menanggung sebuah cinta sempurna darimu
Darimu ohhh
Darimu ohhhh

Saturday, May 14, 2011

6 Pekara yang Aku Buat

6 aktiviti minggu pertama aku cuti

1. Hantar kereta pergi service..
2.Pergi ceramah Math Modelling dekat shah alam..mi hoon die sedap woo..
3.Try buat cupcake untuk pertama kalinye. Resultnyer tak jadi.
4. Hang out dengan amir,nana,elly,kak eda,pija dengan abg eddy. Bina keje, areh dgn yah tak dapat follow. Dah   lame tak lepak dengan diaorang. Best-best.
5. Belajar deco cupcakes kat youtube..
6. Pergi convo kak eda.Cogratz kak eda...n jumpe chek gak.

Wednesday, May 11, 2011

Chocolate Cupcake

Terlampau kebusanan dekat rumah, aku menambahkan skill memasak aku lagi. Kali ni aku cube buat cupcake for the first time. Not bad untuk orang yang pertama kali nak belajar. Eheee.Resepi die senang je.

yummy....even ratah pun sedap 250gm mentega + 250gm tepung naik sendiri + 40gm serbuk koko + 100gm gula kastor + 120gm gula perang + 4bji telur + 50gm susu segar
 masuk dalm cawan kertas 3/4

bakar pada suhu 180 degree selama 20 minit.
*excited teragak sampai tunggu depan oven

 time for deco
okies tak cantik..lantak coz at the end masuk dalam perut jugak..hahahaha

SELAMAT  MENCUBA

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu

Sempena hari ibu, aku tujukan entry nie untuk ibu aku yang tersayang. Eceh ceh ceh

Untuk umi,
terima kasih ...
sebab lahirkan saya,
duduk sebelah saya bile saya demam,
walaupun anak umi ni degil nak pergi clinic,
buatkan susu bile saya demam,
that why saya suke demam..eheee
dengar saya bercerita,
walaupun umi tak kenal pun watak dalam cerita saya,
belikan barang yang saya nak especially bile dah besar ni, 
demand makin tinggi ahakss,
bukakkan lampu bilik tuk kejut saya subuh,
walaupun mata silau sebab kecerahan lampu,
terus call saya bila saya mesej " Umi call jap." ,
bile umi call jimat kredit.

tahu tak...,
tiap-tiap hari saya teringat umi,
even tak 24jam tapi dalam sehari mesti terbayang muke umi,
tiap-tiap hari nak call umi,
tapi kredit tak mengizinkan, 
dua tiga hari sekali cukuplah,
saya tahu umi suke suprise, 
sebab tu kalau birthday umi saya mesti balik,
tapi tahun nie saya tak dapat balik, 
saya tahu umi sedih,
tunggu saya balik esok ye,

saya nakal dan degil, 
tapi umi tetap sayang saya,
saya tak pandai nak katakan sayang,
saya tak pandai nak tunjukkan saya sayang,
tapi saya nak umi tahu sayang sangat-sangat-sangat umi,

SELAMAT HARI IBU..I LOVE YOU UMI MUAHHH

Wednesday, May 4, 2011

2 Hari Lagi

Tepat 36 jam lagi untuk paper terakhir...dah nak termuntah mengadap buku. Tapi tak de pilihan, demi mu FORECAST aku menghadap jugak muke ko............

Wednesday, April 27, 2011

Cerita Saya

Kepala terasa pening, mata berat semacam, jantung macam nak pecah badan sejuk tanda-tanda sindrom nak demam dah datang. Tambah lagi masalah yang aku cari sendiri. Seharian aku mengeluh memekirkan masalah aku. Air mata tak payah cakap ah sebaldi lebih adelah kot *yess aku memang suke nangis  balik rumah,tak ade orang lagi sakanlah aku melayan jiwa kacau nie. Bukan pasal bf okey. Suddenly aku terfikir siapa yang betul-betul memahami aku? Pada siapa aku nak berkongsi cerita? Selalu aku ingatkan diri aku jangan bebankan masalah ko dekat orang. Tapi aku bukan dinding atau batu yang tak ada perasaan. Sampai satu tahap aku terasa untuk bercerita. Aku perlukan seseorang untuk dengar semua cerita aku. Kadang-kadang aku terasa seperti orang hilang akal memikirkan beban masalah hidup yang membelenggu hidup aku. Mujur aku sedar aku seharusnya bersyukur dengan kesempurnaan akal yang Allah s.w.t kurniakan. Dengan akal inilah aku mengawal perasaan aku macam gunung berapi ni.
Alamak mata aku bertakung..aiyoo sudahlah tu. Mulut aku yang tak reti katakan TIDAK, mungkin menyebabkan orang mudah ambil kesempatan terhadap aku. Terasa ditindas dan dipergunakan. Aku tak tau kenapa kalau aku dekat rumah garangnya macam singa, pandai pulak aku marah adik-adik aku tapi bile dengan orang lain aku tak boleh nak bertegas macam aku buat dekat adik-adik aku. Mungkin diaorang bukan adik-beradik aku itu semestinya or sebab diaorang kawan-kawan aku. Dah besar, sepatutnya diaorang boleh berfikir secara rasional. Tak tahu sampai bila aku akan berada dalam keadaan sekarang. Rasanya sabar adalah jalan terbaik yang boleh ikut.

* Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)

Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: 
"ALLAH TIDAK SUKA SESEORANG MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA SESORANG YANG LAIN KECUALI ORANG YANG DIZALIMI. SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADANYA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI. JIKA DIA BERSABAR MAKA ITU LEBIH BAIK BAGINYA."

Wednesday, April 6, 2011

STOP!

Lagi dua minggu nak final. Sekarang busy dengan test sebab tu dah jarang update. Nantilah qada lepas final pulak. Sekarang nie nak kene fokus dekat test, final project and exam.OWHHHHHHH...hilang akal aku. Tekanannye terlampau tinggi 3 test dalam seminggu. Nasib iman kuat lagi. Daa nak poyo plak dah.

 Sekarang nie kene stop ber'facebook', ber'tweet' sane tweet sini, ber'blog',ber'you tube'. Berhenti sekejap ye Siti Amnah tak sampai sebulan pun. Lepas ni cuti 4BULAN buat lah semua tu balik.

Jadual exam aku: CS 228 ( BACHELOR OF SCIENCE (HONS) (MANAGEMENT MATHEMATICS)

Math Eco      - 27 April
Real Analysis - 29 April
Econometric  - 30 April
Forecasting    - 6May
*jadual yang buat aku sesak nafas sekejap


Doakan yang terbaik untuk aku. Gambatte amnah!!

*aku tengah menonton WHI isu 'cinta si pengkid', bukan nak mention pasal topic,but panel yang datang. Enot...suprising she wearing a red dress with a new hair style yang hampir botak. Cool babe..eheee