Thursday, March 7, 2013

I'm fat, so what?

Wow title tak sedar diri betul. Memberontak ke kak? Membrontak sebab GEMUK oh tidak. Cuma ingin menyuarakan  suara dalam hati yang dah tak sabar nak keluar. Lately isu gemuk makin menjadi, terima kasih sebab concern. Tapi selalu aku just dengar jelah. Kuikuikui. Orang kata, orang yang berbadan besar ni sensitif. Tapi realitinya orang kurus ramai je yang sensitif. Contohnya kawan-kawan sekeliling aku, i admit my tiny friends are more sensitive than my chubby friends. Perasaan sensitif ni bukan kire size badan, but bile aku kate orang badan besar ni tak sensitif janganlah dihentam golongan ini dengan kata-kata yang "pedas". Fikir dengan rasional, jangan cakap ikut sedap hati.

Kalau orang badan besar ini confident level diaorang mesti rendah. Sebabnye diaorang tahu kekurangan diri.  Mana taknya kalau diaorang lalu lalang mesti ada mata yang memandang macamlah diorang tak pakai baju   -_- ** its happened to me and i know how it feel.   Okey, bagi yang rasa diri satu size dengan kite, you can follow my tips to gain confident. Apa yang kite buat :


  1. Since kite tahu kite tak HOT, kite tak SLIM tapi kite CUTE. Hahaha Yes!! Puji diri sendiri untuk sedapkan hati. Betul ape orang yang badan besar ni comel. Tak percaya? Kalau tak percaya cuba tengok imej kite dekat cermin mesti rase diri kite comel. Tak banyak sikit pun ok. Kalau banyak nanti timbul riak pulak. Hehehe
  2. Outing time! Ok time ni jangan ambil mudah. Kite seorang yang simple, keluar pakai t-shirt + jeans pun on je tapi depend pada tempat la. Pakaian ikut pada kesesuaian tempat kite nak pergi. As long selesa, kemas, dan bersih im okey with it. Ingat! Jangan menambahkan kekurangan yang ada pada diri kite. Biar gemuk jangan selekeh. Bile kite tak jaga penampilan dan pemakaian kite, lagilah orang akan pandang kite macam nak makan selipar. Jadi kalau boleh sebelum keluar, tengok sikit penampilan kita. Yang penting KEMAS.
  3. "Bile nak kurus ni?" " Esh esh nanti tak ade orang nak tau" " Tak nak kurus ke?" ,  ini antara soalan-soalan yang selalu kite dengar. Ade je banyak lagi tapi tak perlu la nak listkan pekara yang negatif. Bile orang cakap macam tu dekat kite selalu kite senyum je. Buat tak tahu, macam dinding. Ya betul, sampai bila nak diam. Bagi kite, diam itu lebih baik dari bersuara. Kadang-kadang diam dan senyum jugak senjata yang paling berguna untuk zp mulut orang. Lagi pun kalau dia rasa malu nak kawan dengan orang gemuk,biarkan die pergi. Tak mati ok hilang kawan macam tu. Pasal jodoh, itu kerja Allah sw.t. Insyaallah akan ade orang yang boleh menilai diri kita bukan berdasarkan luaran, tapi apa yang dizahirkan dari hati. 
  4. Exercise. Oh ni bukan nak berkempen " jom kurus". Tapi dengan exercise boleh buat badan kite cergas. Gemuk bukan alasan utuk berat tulang aktif dalam bersukan ye. Sudahlah gemuk, malas pulak. Ini untuk kebaikan diri kite  juga. 30 minit setiap hari pun cukup. Sebenarnya nak bagi badan ni jangan jadi berat sangat. Bile peluh keluar baru badan rase segar. So nak buat aktiviti harian pun tak adelah lemau. Elakkan imej PEMALAS pada diri. Mana tahu mula-mula just nak keluarkan peluh je, lame-lame timbul niat nak kurus. Silakan... =)
  5. Hidup cara positif. Akhir sekali kite kena tahu bagaimana untuk hidup dengan positif. Positifkan pekara yang negatif. Paksa jugak, mula-mula susah tapi kemudian korang akan dapat tengok hasilnya. Rakan-rakan dan keluarga yang positif juga sangat membantu nak mendidik diri kita supaya menerima diri kite seadanya. Aku sangat-sangat bertuah sebab dikelilingi orang-orang yang sangat sporting and supportive. Jangan rasa malu dengan gemuk, sebaliknya jadikan gemuk tu satu kelebihan. Macam kalau game tarik tali mane orang amik kurus-kurus, orang mesti pilih yang badan-badan besar. Betul tak?? fikir macam tu je, jangan terlampau memikirkan diri kite gemuk. Hidup mesti ceriaaaaaa.

2 comments:

Hanis. said...

Some people think orang gemuk ni tak sensitif, kononnya lapisan lemak tu dapat menahan kata kata pedas. Pemikiran sesat betul.

And bukan CUTE, tapi GORGEOUS.

Unknown said...

hahaha forever gorgeous hanis.